fb fb fb fb fb

DUN Belia Melaka akan dibincangkan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri bulan depan

AYER KEROH, 27 Julai- Dewan Undangan Belia Melaka masih di peringkat permurnian dan bakal dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada Ogos.

Exco Belia, Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), V.P Shanmugam berkata, kertas kerja berkaitan permohonan peruntukan dan kelulusan juga akan diketengahkan sekali menerusi mesyuarat itu.

Katanya, penubuhan Dewan Undangan Belia Melaka merupakan perancangan pembangunan belia yang komprehensif bermatlamat melahirkan belia yang sempurna dari aspek rohani, fizikal, intelektual, berilmu, berbudaya, berdikari dan bersemangat sukarela berteraskan prisip Rukun Negara.

Menurutnya, calon belia bagi dewan undangan tersebut mestilah berusia antara 18 hingga 35 tahun dan mereka merupakan belia dari persatuan yang aktif dan mendapat sokongan daripada belia di dewan undangan yang diwakilinya.


(Exco Belia, Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), V.P Shanmugam)

Media Baharu