fb fb fb fb fb

Warga asing didenda RM12,000 miliki minyak masak bersubsidi tanpa permit

Tabibar Rahman, 56 (dua dari kanan) didenda RM12,000 kerana memiliki 350 paket minyak masak bersubsidi tanpa permit

BUTTERWORTH, 8 Ogos – Seorang lelaki warga asing didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen Butterworth selepas mengaku bersalah memiliki 350 paket minyak masak bersubsidi tanpa permit sah.

Hakim Nor Azah Kasran turut memerintahkan Tabibar Rahman, 56, menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Kampung Sekolah Juru, Bukit Mertajam, pada pukul 2.40 petang, 6 Ogos lalu.

Mahkamah turut memerintahkan semua hasil sitaan dilucuthak dan dijadikan hasil kerajaan.

Kesalahan didakwa bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, dibaca bersama Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, Alsad Nasrullah, manakala tertuduh diwakili peguam bela.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN