fb fb fb fb fb

Yang Dipertua Dewan Rakyat sedia semak usul Muhyiddin jika dikemuka secara rasmi

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul ditemui pemberita ketika menghadiri sambutan Hari ASEAN 2025 di Cyberjaya

CYBERJAYA, 8 Ogos -Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul bersedia menyemak sebarang usul yang dikemukakan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya mahu merujuk Perdana Menteri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Beliau bagaimanapun memaklumkan, setakat ini tiada permohonan atau dokumen rasmi diterima pejabat beliau berhubung perkara tersebut.

Tambahnya, prosedur dan amalan biasa Dewan Rakyat akan diikuti jika sesuatu bahan dihantar untuk tindakan lanjut.

"Seperti amalan biasa apa-apa juga tindakan yang dihantar kepada saya Insya-Allah saya akan melihat dan ambil tindakan sselanjutnya seperti yang termaktub dalam mesyuarat. Setakat ini belum terima apa-apa lagi," katanya kepada media ketika menghadiri sambutan Hari ASEAN 2025, di sini.

Pengerusi PN semalam meminta Datuk Seri Anwar meminta maaf kepadanya susulan dakwaan Perdana Menteri bahawa Tan Sri Muhyiddin mempertahankan warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95.

TETITIA YUSOFF