fb fb fb fb fb

RTM 77 tahun, matang dan berkembang

KUALA LUMPUR, 1 April- 77 tahun menerajui industri penyiaran negara, RTM semakin matang dan berkembang seiring usianya.

Pelbagai pembaharuan kandungan dan program disusun bagi memastikan ia terus releven melangkaui zaman.

Menurut Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman, kerja keras semua warga kerja mengorak langkah menjadikan RTM kekal relevan dalam menempatkan jenamanya sentiasa terkedepan dalam pelbagai genre.

"Rakan-rakan saya di RTM ini bekerja keras untuk menjadikan jenama RTM nombor satu dalam pelbagai genre termasuk berita dan program-program yang lain juga tidak terkecuali.

"Jadi saya tidak gusar kerana orang-orang hebat di Malaysia dalam dunia penyiaran ada di RTM

Berbekalkan iltizam tersebut, rtm terus mengorak langkah ke hadapan untuk melakukan pelbagai pendekatan baharu bagi memastikan setiap pengisian dan program RTM di bahagian TV, radio mahupun berita sentiasa kelihatan segar dan bersifat kontemperori untuk paparan para penonton.

Dalam usaha memastikan RTM sentiasa di depan dalam aspek penyampaian maklumat yang terkini dan sahih, Kanta 744 antara Buletin berita baharu yang diperkenal.

Memuatkan 25 hingga 30 bahan berita secara ringkas dan padat, Kanta 744 yang bersiaran selama 15 minit setiap hari berjaya menarik minat ramai penonton baharu terutama dalam kalangan generasi muda.

"Penonton masa kini, masa diperuntukkan untuk memberi perhatian pada platform media elektronik ini semakin singkat, maknanya orang ramai tidak suka siaran dan program yang melerat-leret, berjela-jela jadi mereka mahukan sesuatu yang lebih erus sahaja kepada kandungan utama yang lebih padat

: Jadi antaranya kami wujudkan kanta 744 yang lebih laju dan ringkas tetapi padat. Semasa hari pertama bersiaran jumlah penonton seperti yang dijangka dan selepas tetapi selepas 2 minggu ia telah mencecah lebih setengah juta penonton.

(Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman berkata, kerja keras semua warga kerja mengorak langkah
menjadikan RTM kekal relevan dalam menempatkan jenamanya sentiasa terkedepan dalam pelbagai genre)

Beberapa pembaharuan lain turut dilaksana menerusi pengenalan segmen H-KLIK dan Stadium RTM yang memfokuskan perkembangan hiburan dan sukan tanah air.

Katanya, sehubungan itu secara keseluruhan, penghasilan kandungan dan rancangan yang menenuhi citarasa penonton akan diberi penekanan utama.

Konsep perkongsian kandungan di semua platform media RTM akan diperhebat dalam meluaskan lagi capaian informasi dan maklumat kepada khalayak umum.

"Jadi kita kena tahu bagaimana ckandungan berita itu sesuai untuk dibawa ke platform-platform yang lain jadi ia bukan semata-mata di televisyen kalau temubual itu dibuat di televisyen tapi kita akan paparkan juga di media sosial, dalam dunia digital di radio dan sebagainya kerana kita hebat di TV hebat di radio dan di platform digital jua," katanya.

Katanya, komitmen berterusan warga RTM diperlukan dalam melaksana semua usaha penambahbaikan agar RTM terus diyakini dan mendapat tempat dalam hati masyarakat.

Laporan Hari Ulang Tahun ke 77 RTM oleh Muhamad Asyraf Ishak.

Media Baharu