(Foto BERNAMA)
JOHOR BAHRU, 1 April- Harga siling bagi ayam dan telur akan dikekalkan hingga selepas Syawal.
Keputusan dibuat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berikutan bahan asas itu digunakan dalam kuantiti yang banyak sepanjang Ramadan dan Syawal.
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata hasil libat urus pasukannya dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) memberi jaminan ayam dijual pada harga siling ditetapkan.
"Sepanjang Ramadan ini, kita akan memantau harga barangan asas dan juga keperluan setiap hari agar tidak berlaku sebarang kenaikan harga barang," katanya kepada pemberita di sini.
Tambahnya, perbincangan libat urus akan diadakan sekali lagi dengan pemain industri selepas Syawal sekiranya mahu mengangkat harga siling ayam.
Harga siling runcit bagi ayam standard ialah RM9.40 sekilogram, manakala telur pada harga antara 41 sen sebiji hingga 45 sen sebiji mengikut gred.
(Foto BERNAMA)