fb fb fb fb fb

KPDN ingatkan peniaga jaga kualiti Baju Raya Rahmah

(Foto BERNAMA)

JOHOR BAHRU, 1 April- Peniaga yang menjual Baju Raya Rahmah diingatkan tidak berkompromi dengan kualiti produk mereka.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata walaupun dijual pada harga rendah, Baju Raya Rahmah perlu mempunyai kualiti standard.

"Kualitinya kita akan pantau. KPDN tidak akan mempromosi jualan ini jika kualitinya tidak menepati apa yang kita tetapkan," katanya kepada pemberita di sini.

Tambahnya, peniaga menjual pakaian serendah RM8 selain ada pakej dua baju dewasa dan dua baju kanak-kanak pada harga serendah RM149.

Sekali gus menolak dakwaan di media sosial mengatakan baju dijual dengan bukan harga Rahmah.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu