fb fb fb fb fb

Rosmah dipenjara 30 tahun, denda RM970 juta

(Datin Seri Rosmah Mansor/FOTO fail BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 1 September - Datin Seri Rosmah Mansor dijatuhi hukuman penjara berjumlah 30 tahun dan denda RM970 juta selepas didapati bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan, memerintahkan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu menjalani hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan yang berjalan secara serentak. 

Sekiranya Rosmah gagal membayar denda berkenaan, beliau perlu menjalani hukuman penjara tambahan 30 tahun.

Bagaimanapun, Zaini Mazlan membenarkan pelaksanaan hukuman itu ditangguhkan sehingga Rosmah mengemukakan rayuan.

Rosmah, 70, didakwa meminta dan menerima suapan daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holding iaitu Saidi Abang Samsudin.


(Datin Seri Rosmah Mansor/FOTO fail BERNAMA)

Berita berkaitan
Rosmah bersalah kes rasuah projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion
Pihak pendakwaan bantah permohonan Rosmah supaya hakim tarik diri dengar kes rasuah projek solar
50 pengamal media berkumpul di Mahkamah Tinggi
Keputusan perbicaraan kes rasuah Rosmah dijangka diketahui hari ini
Keputusan kes Rosmah tular, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah buat laporan polis

 

Media Baharu