fb fb fb fb fb

Peruntukan RM20 juta untuk jambatan konkrit

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri menyampaikan bantuan
kepada sekolah dan anak-anak orang asli Kensui)

BALING, 1 September- Peruntukkan sebanyak RM20 juta telah diluluskan bagi membina jambatan konkrit dan menggantikan "Jambatan Bailey" yang dibina sementara untuk menggantikan jambatan lama yang runtuh.

Jambatan lama yang runtuh dalam kejadian banjir itu, berpunca daripada aliran puing yang berlaku pada awal Julai lali di Kampung Iboi, Kupang, Baling, Kedah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, "selain itu, 17 titi kecil baharu akan dibina melibatkan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM4.8 juta."

Beliau berkata, "kerajaan turut meluluskan peruntukkan sebanyak RM3 juta bagi membina lagi 17 buah rumah baharu bagi menggantikan rumah penduduk yang berada di kawasan berisiko, yang terletak di tepi sungai di kawasan berkenaan."

Lokasi bagi membina rumah tersebut telah pun dikenal pasti.

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri ketika Majlis Doa Selamat sempena
Sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 dan Bencana Banjir Daerah Baling

Katanya, sebelum ini, 20 buah rumah yang telah diluluskan dan sedang dibina di Kampung Sadek, Kupang.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Doa Selamat sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 dan Bencana Banjir Daerah Baling di stor logistik Pusat Khidmat Ahli Parlimen Baling di Teluk Durian, Kupang, Baling.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan bantuan Wang Ihsan dan Bantuan Barangan Keperluan Asas berjumlah RM2,500 kepada 1,012 ketua isi
rumah yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara, PPS namun turut terkesan akibat banjir tersebut.


Media Baharu