fb fb fb fb fb

Tourism Malaysia, Qatar Airways tandatangani MoC, kukuhkan kerjasama strategik

KUALA LUMPUR, 1 September - Jumlah kemasukan pelancong dari Eropah dan Timur Tengah dijangka meningkat sehingga tiga kali ganda menjelang hujung tahun ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri yakin sasaran itu akan dipacu pelbagai aktiviti promosi pelancongan termasuk kerjasama antara Tourism Malaysia dan Qatar Airways.

(Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri)

"Ketibaan pelancong dari wilayah ini termasuk Qatar, Dubai dan Arab Saudi. Setakat Jun 2022 sebanyak 95,000 pelancong dan kami harap selepas Piala Dunia, lebih ramai lagi yang datang terutamanya dari Qatar sendiri. Selepas itu kita akan bincang lokasi mana yang jadi pilihan di Malaysia," katanya dalam sidang media selepas majlis menandatangani Memorandum Kolaborasi (MoC) antara Tourism Malaysia dan Qatar Airways di ibu negara.

Tambah Nancy, kerjasama strategik itu akan meningkatkan pilihan penerbangan dan destinasi disamping menawarkan perkhidmatan terbaik oleh Qatar Airways.

Untuk itu katanya, syarikat penerbangan itu juga dijangka menambah kekerapan penerbangannya ke negara ini berbanding tiga kali sehari ketika ini.

Media Baharu