fb fb fb fb fb

i-Trafik MBMB produk inovasi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

(Datuk Zaidi Attan, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka
menunjukkan produk i-Trafik MBMB)

AYER KEROH, 1 September- Hasil kreativiti anggota Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) satu produk inovasi iaitu I-Trafik MBMB dihasilkan.

Sistem I-Trafik melibatkan 33 persimpangan utama yang mempunyai 90 kamera CCTV berteknologi kecerdasan buatan (AI) di sekitar Bandaraya Melaka.

Antara lokasi yang diletakkan teknologi ini adalah di Zon Banda Hilir, Kota Laksamana dan Melaka Raya.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Zaidi Attan berkata, "produk tersebut dapat dimanfaatkan oleh pengguna jalan raya untuk mencari jalan alternatif sekiranya berlakunya kesesakan di jalan-jalan utama dalam bandaraya.

Beliau turut menambah, "produk tersebut juga mampu menjadi sumber rujukan kepada pihak PDRM serta Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri Melaka."

Selain itu, "inisiatif ini dilaksana bagi menyelesaikan semua masalah melibatkan orang ramai dengan penggunaan pendigitalan yang membolehkan pentadbir kerajaan melakukan penjimatan; maksimum ini disebabkan penggunaan teknologi itu." Jelasnya ketika ditemui pemberita.

(Datuk Zaidi Attan, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka)

Beliau berkata demikian selepas melancarkan majlis perasmian Fiesta I2CT MBMB dan Pelancaran Produk I-Trafik MBMB di Dataran Bandaraya MBMB, Ayer
Keroh.

Menurutnya, I-Trafik MBMB dapat memberi informasi masa sebenar iaitu kurang seminit kepada orang ramai yang ingin memasuki Bandaraya Melaka dalam
linkungan keluasan 10.877 kilometer persegi.

I-Trafik MBMB dapat dilayari melalui laman sesawang MBMB di itrafik.mbmb.gov.my.

Media Baharu