fb fb fb fb fb

Datuk Seri Azalina letak jawatan sebagai Penasihat Khas PM

(Datuk Seri Azalina Othman Said/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 1 September- Pejabat Perdana Menteri mengesahkan peletakan jawatan Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Penasihat Khas Kepada Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia).

Surat peletakan jawatan itu bertarikh 29 Ogos 2022.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri petang tadi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, telah menerima peletakan jawatan beliau dengan notis sebulan seperti yang dimaklumkan dalam surat berkenaan.

Notis sebulan diberikan bertujuan menyelesaikan kerja-kerja yang berkaitan dengan kakitangan beliau, namun dalam tempoh itu, Datuk Seri Azalina tidak lagi bertugas di Pejabat Perdana Menteri kerana diberi cuti mulai 1 September sehingga tamat notis pada akhir September.

Bagaimanapun, "Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan yang telah diberikan sepanjang tempoh beliau berkhidmat." Kata kenyataan itu.

(Tangkap layar kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri)

 

Media Baharu