fb fb fb fb fb

PM rasmi projek Pembangunan Berintegrasi Pusat Bekalan Gas dan Loji Janakuasa

(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merasmikan
projek Pembangunan Berintegrasi Pusat Bekalan Gas dan Loji Janakuasa Pulau Bunting)

YAN, 1 September- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merasmikan projek Pembangunan Berintegrasi Pusat Bekalan Gas dan Loji Janakuasa Pulau Bunting di Yan, Kedah.

Projek berkenaan adalah sebahagian daripada pelaburan bernilai RM14.4 bilion di Kedah serta bakal menjadi kesinambungan daripada keupayaan dan kepakaran kumpulan MMC dengan kerjasama SKS Corporation Sdn Bhd dalam membangunkan projek prasarana sekaligus memacu aktiviti ekonomi dan memberi pelbagai manfaat dan peluang pekerjaan kepada penduduk kedah.

Matlamat utama projek itu adalah untuk membangunkan kawasan tengah negeri Kedah dengan pembangunan holistik dan berteknologi tinggi meliputi 3 segmen utama iaitu Hab Kapal-ke-Kapal (STS) bagi tujuan aktiviti pemindahan kargo produk gas asli cecair dan produk petroleum.

Manakala segmen kedua melibatkan pembinaan Loji Jana Kuasa Turbin Gas Kitaran Gabungan (CCGT) dengan anggaran kapasiti 1,600 MW dan segmen ketiga merupakan pembinaan terminal penggasan Semula LNG yang akan dikenali sebagai RGT yang akan menjadikan gerbang kemasukan gas asli bagi wilayah utara dan yang ketiga di semenanjung Malaysia selepas RGT Sungai Udang dan RGT Pengerang.

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika melihat kawasan projek Pembangunan
Berintegrasi Pusat Bekalan Gas dan Loji Janakuasa Pulau Bunting)

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri, "kerajaan persekutuan komited menyokong pelaksanaan projek berkenaan sebagai hab ekonomi baharu di utara tanah air.

Tambah beliau, "projek berkenaan turut bakal memberikan peluang pekerjaan kepada semua pihak termasuk masyarakat setempat."

Turut hadir menyaksikan Upacara perasmian itu, turut disaksikan oleh Menteri Besar Kedah, Dato' Sri Muhamad Sanusi Md Nor, Menteri-menteri kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri Kedah.

Selain itu, majlis berkenaan turut disekalikan dengan  kenduri rakyat yang dihadiri oleh 15,000 orang penduduk di kawasan berkenaan.

Media Baharu