fb fb fb fb fb

JAKIM pandang serius status halal daging import

(Foto hiasan)

TAIPING, 1 September- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan kerajaan berdiam diri berhubung isu status halal daging import dari Australia ke negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, pihaknya memandang serius terhadap isu berkenaan.

Jelas beliau, JAKIM akan melakukan pemeriksaan audit di rumah sembelihan berkenaan.

Menurut Datuk Idris Ahmad, "insya-Allah dalam bulan September nanti pasukan audit kita daripada JAKIM akan ke sana.

"Takkan kita nak senyap, tindakan perlu diambil untuk isu melibatkan halal dan haram ni.

"Tak munasabah kita, pihak JAKIM ni tak bertindak.

"Kita pun tahu JAKIM tegas dalam isu halal ni, walaupun orang ramai mendesak untuk melonggarkan syarat untuk memiliki sijil halal." Tegas beliau ketika menjawab soalan pemberita berkaitan isu halal.

Pada majlis itu, seramai 136 keluarga menerima sumbangan wang tunai dengan nilai keseluruhan RM78,000.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan bantuan sumbangan kepada mangsa banjir di Taiping.

(Foto hiasan)

Media Baharu