fb fb fb fb fb

JAKM Kedah bermula esok

(Pentas utama Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Kedah (JAKM))

ALOR SETAR, 1 September- Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Kedah (JAKM) edisi ke-9 bermula esok sehingga Ahad yang akan memberikan peluang kepada seluruh warga Malaysia mengetahui dan mendapat maklumat terkini mengenai inisiatif dan program yang dijalankan oleh agensi kerajaan.

Antara pengisian program jualan istimewa di perkarangan Stadium Darul Aman Alor Setar kali ini adalah dengan menawarkan 6,000 pek beras dan ayam ditawarkan sepanjang tiga hari JAKM berlangsung.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sebagai peneraju memaklumkan pengisian JAKM melibatkan 117 program, 27 gerai pameran daripada kementerian, agensi serta kerajaan negeri Kedah.

Selain itu orang ramai juga boleh mendapatkan tawaran bantuan program padanan perniagaan dan jualan usahawan.

Persiapan berjalan lancar mengikut perancangan melibatkan persiapan di pentas utama dan pentas mini.

Kira-kira 60 orang usahawan KPLB dan 80 orang usahawan Kementerian Pembangunan Usahawan Koperasi (KUKOP) akan mengetengahkan produk jualan mereka.

('SHOWCase' perkampungan penduduk orang asli)

Pengunjung juga berpeluang melihat 'SHOWCase' perkampungan penduduk orang asli antaranya seni kraf, produk dan budaya komuniti orang asal.

Program karnival rakyat yang bersifat inklusif itu turut menyediakan pelbagai acara menarik untuk segenap lapisan masyarakat seperti persembahan kebudayaan, keseniaan, persembahan artis, dan khidmat komuniti aktiviti sukan.

Program karnival jamin kerjaya juga menyediakan lebih 3,000 peluang pekerjaan.

Sepanjang berlangsungnya JAKM pengunjung berpeluang memenangi cabutan nombor bertuah sebuah kereta dan tiga buah motosikal

Seramai 100,000 pengunjung disasarkan terutama penduduk di sekitar Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara.

Media Baharu