fb fb fb fb fb

987 bayi didiagnosis masalah pendengaran tahun lalu

Dzulkefly Ahmad (dua kiri) pada Program Hear Me's Got Talent 2024 di Cyberjaya hari ini

CYBERJAYA, 18 Mei- Sebanyak 987 daripada hampir 254,000 orang bayi didiagnosis mengalami masalah pendengaran yang disaring menerusi Program Saringan Pendengaran Bayi Universal (UNHS) tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Kementerian Kesihatan (KKM)‬‭ komited melaksanakan program UNHS yang merupakan petunjuk prestasi utama (KPI)‬‭ 100‬‭ hari‬‭ Menteri‬‭ Kesihatan‬‭ sejak‬‭ ‬‭2023.‬

"Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan kerjasama semua pihak bermula 13 Disember 2023 hingga 21 Mac 2024, seramai 68,823 orang bayi baru lahir iaitu 138% daripada sasaran KPI yang ditetapkan telah berjaya disaring pendengaran mereka sebelum mencapai umur 29 hari.

"Sebaik sahaja disaring, bayi berkenaan akan dipantau sehingga diberi alat bantuan pendengaran," katanya ketika berucap pada Program Hear Me's Got Talent 2024 di sini, hari ini.

Dzulkefly berkata, UNHS akan terus diperhebat bagi‬ membolehkan‬‭ golongan itu meningkatkan‬‭ potensi‬‭ diri‬‭ sekali gus menyumbang ke arah pembangunan.

Sejumlah 272 unit pemasangan implan koklea telah dilaksana menerusi Program‬‭ Implan‬‭ Koklea‬‭ KKM‬‭ bermula tahun‬‭ 2019‬‭ hingga‬‬‭ tahun lalu membabitkan perbelanjaan berjumlah RM21‬‭ juta‬‭.

SITI AISHAH MD ISA