fb fb fb fb fb

Sindiket penyeludupan minuman keras berjaya dipatahkan

(Hasil rampasan penyeludupan minuman keras)

MUAR, 1 September- Sindiket penyeludupan minuman keras berjaya dipatahkan polis daerah Muar menerusi penangkapan seorang lelaki tempatan di sebuah rumah sewa di daerah Bakri, Muar, 9 malam semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata, "ia merupakan tangkapan terbesar tahun ini di Muar, membabitkan nilai rampasan keseluruhan, bernilai RM248,000."

Hasil rampasan melibatkan 173 karton atau 4,152 tin dan 23 karton atau 575 botol minuman keras.

Suspek warga tempatan yang berusia 30 tahun itu aktif melakukan kegiatan penyeludupan minuman keras sejak sebulan lalu.

Kesemua minuman keras itu dipercayai diperoleh dari Johor Bahru untuk pasaran tempatan.

(Superitendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah, Pemangku Ketua Polis Daerah Muar
bersama rampasan minuman keras)

Menurut, Superitendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah, Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, "ia dijadikan macam tempat simpanan dan gudang yang berfungsi untuk simpanan barang-barang.

"Dan kemudian disimpan dan dijual di pasaran tempatan."

Suspek lelaki itu turut memiliki rekod jenayah berkaitan kesalahan yang sama.

Suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga Ahad bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

Media Baharu