fb fb fb fb fb

Rompin diramal hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya, hingga esok

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 7 Januari - Amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Rompin, Pahang bermula hari ini hingga esok.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan turut mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk diramalkan berlaku hingga Isnin melibatkan Pekan, Pahang dan beberapa kawasan di Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).

"Hujan berterusan tahap waspada pula dijangka berlaku di Pahang melibatkan Maran, Kuantan dan Bera serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru)," menurut kenyataan itu.

TETITIA YUSOFF