ROMPIN, 7 Januari - Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang mencatatkan peningkatan kepada 315 orang, ditempatkan di lapan buah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 4.00 petang.
Jumlah itu meningkat berbanding 19 orang pada 12.00 tengah hari tadi.
Menurut Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak lima PPS dibuka bagi daerah Pekan dan tiga PPS di daerah Rompin.
Di Pekan, seramai 62 orang penduduk ditempatkan di PPS Dewan Semai Bakti Felda Chini Timur 3, Dewan Semai Bakti Chini 1 (57 orang), Dewan Semai Bakti Chini 3 (52 orang), Balairaya Kampung Gumum (12 orang) dan Balairaya Batu Gong (7 orang).
Manakala di Rompin, seramai 86 penduduk ditempatkan di Dewan Orang Ramai Bukit Ibam, pusat pemindahan Banjir Kampung Setajam (22 orang) dan Balairaya Bukit Lepas (17 orang).