fb fb fb fb fb

Kanak-kanak perempuan 9 tahun ditemukan lemas

Foto Hiasan/ BERNAMA

GERIK, 7 Januari- Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun ditemui lemas dalam kejadian di Jeti Mat Shah, Pulau Banding, Gerik, semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 8.20 malam.

Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Balai Polis Bersia digerakkan ke tempat kejadian.

Menurut bapa mangsa, sekitar pukul 6 petang, mangsa bermain air bersama rakan di kawasan tempat letak bot Jeti Mat Shah, Pulau Banding.

Pada 6.30 petang, mangsa dilaporkan telah hilang sebelum dijumpai pada pukul 6.50 petang berhampiran rumah bot dalam keadaan lemas di dasar dengan kedalaman kia-kira enam kaki.

Petugas kesihatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk tindakan lanjut.

Pemeriksaan ke atas tubuh mangsa tidak menjumpai apa-apa kecederaan lain atau sebarang unsur jenayah.

ZEHRA BINTI ZAMBRI