fb fb fb fb fb

Rombakan kabinet: Fokus pertumbuhan ekonomi, selesai masalah rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memperlihatkan senarai jemaah menteri baharu Kerajaan MADANI ketika sidang media khas Pengumuman Anggota Kabinet Baharu di Bangunan Perdana Putra hari ini. Turut kelihatan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 16 Disember - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan menteri baharu serta pertukaran beberapa portfolio dalam Kabinet Kerajaan MADANI.

Ia dilaksanakan berikutan berlaku kekosongan dalam kabinet selain keperluan untuk membuat sedikit penyesuaian.

“Supaya ada kabinet bekerja sebagai satu pasukan, menumpukan perhatian kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih segar dan menyelesaikan masalah rakyat," jelas beliau pada sidang media khas mengumumkan rombakan kabinet, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

"Upacara angkat sumpah yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim akan berlangsung pukul 10 pagi esok di Istana Negara.

"Mesyuarat Jemaah Menteri akan diteruskan pada pukul 2.30 petang esok," jelas beliau.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada barisan kabinet terdahulu yang telah menyumbangkan tenaga dan bakti kepada negara.

Berikut senarai penuh yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

LANTIKAN BAHARU

1. Datuk Lo Su Fui - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)

2. Datuk Ts. Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud -Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak)

3. Puan Marhamah Rosli - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

4. Chiew Choon Man - Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

5. Yuneswaran Ramaraj - Timbalan Menteri Perpaduan Negara

6. Tuan Sim Tze Tzin - Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri

7. Dato Indera Mohd Shahar Abdullah - Timbalan Menteri Ekonomi

8. Syed Ibrahim Syed Noh - Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam

9. Dr. Mohammad Taufiq Johari - Menteri Belia dan Sukan

10. Mordi Bimol - Timbalan Menteri Belia dan Sukan

TUKAR PORTFOLIO

1. Hannah Yeoh Tseow Suan - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)

2. Senator Dr. Zulkifli Hasan - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

3. Liew Chin Tong -Timbalan Menteri Kewangan

4. Dato Sri Abdul Rahman Mohamad - Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transfromasi Air

5. Datuk Chan Foong Hin - Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan

6. Dato Lukanisman Awang Sauni - Timbalan Menteri Luar

7. Lim Hui Ying - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

8. Adam Adli Abd Halim - Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi

9. Datuk Seri Johari Abdul Ghani - Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri

10. Dato Hanifah Hajar Taib - Timbalan Menteri Kesihatan

11. Steven Sim Chee Keong - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

12. Datuk Mohamad Alamin - Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

13. Akmal Nasrullah Mohd Nasir -Menteri Ekonomi

14. Dato Sri Arthur Joseph Kurup - Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam

15. Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad - Menteri Perladangan dan Komoditi

16. Dato Sri Huang Tiong Sii - Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi

17. Dato Sri Ramanan Ramakrishnan - Menteri Sumber Manusia

18. Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan - Timbalan Menteri Sumber Manusia

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN