fb fb fb fb fb

PM zahir harapan kepada barisan Kabinet Kerajaan MADANI baharu bekerja penuh iltizam, tanggungjawab

Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 16 Disember - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan harapan yang tinggi kepada barisan Kabinet Kerajaan MADANI yang baharu agar bekerja penuh iltizam dan tanggungjawab.

Jelas beliau, rombakan itu dibuat demi kesejahteraan rakyat dan kepentingan negara.

"Alhamdulillah, saya telah mengumumkan senarai saf kepimpinan baharu Kabinet Kerajaan MADANI.

"Saya menzahirkan harapan agar kesemua yang diberikan amanah ini dapat bekerja dengan penuh iltizam dan tanggungjawab dalam memastikan kesejahteraan rakyat serta kepentingan negara sentiasa menjadi keutamaan," kata beliau menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam catatannya, Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan pimpinan yang telah bersama menyumbangkan khidmat bakti serta komitmen mereka dalam menjayakan agenda reformasi dan pembangunan negara.

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN