YAN, 29 Julai - Para petani di Kedah berharap sektor pertanian terus diperkasa dan diberi perhatian dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK 13) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada khamis ini.
Ridzuan Ghazali menyuarakan harapan agar ai turut diberi tumpuan khususnya bagi menyokong keperluan dan taraf sosioekonomi dalam sektor itu.
"Kami berharap kerajaan menaikkan harga lantai padi daripada RM1,500 kepada RM1,800 kerana ia dapat membantu meningkatkan taraf hidup petani dan menampung kenaikan kos jentera serta keperluan pengeluaran," katanya.
Ismail Md Zain pula berpandangan kupon traktor perlu dinaikkan kepada RM70 serelung berbanding RM28 selerung ketika ini.
Ia memandangkan keperluan membajak sawah adakalanya memerlukan dua hingga tiga kali dan memaksa petani perlu mengeluarkan kos sendiri.
"Setakat ini kerajaan hanya beri RM28 untuk satu relung, dan itu tidak mencukupi. Selalunya kami bajak sawah tiga kali, jadi kos selebihnya kami terpaksa tanggung sendiri," jelas
Sementara itu Zahari Mohd Kassim berharap agar kerajaan dapat memantau dan meningkatkan subsidi racun selain memastikan harganya tidak dimanipulasi pihak tertentu.
"Subsidi racun sekarang masih tidak mencukupi. Kami guna racun sejak awal musim, daripada kawalan rumput hingga kepada kawalan serangga perosak. Harga racun pun semakin meningkat, jadi kami harap kerajaan akan melakukan sesuatu," katanya.