fb fb fb fb fb

RM9.6 juta diperuntuk baik pulih klinik daif di Kelantan

KOTA BHARU, 5 Jun- 39 klinik di seluruh Kelantan di kenal pasti Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai klinik daif untuk kerja baik pulilh tahun ini dan ia melibatkan peruntukan bernilai RM9.6 juta.

Klinik tersebut membabitkan lapan klinik desa, 18 klinik kesihatan dan 13 klinik pergigian. 

Menterinya Dr Zaliha Mustafa menerusi catatan di facebook berkata, "KKM telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas (Task Force) Projek Pembaikan Klinik dan Fasiliti Daif yang berperanan untuk memantau pelaksanaan projek di setiap negeri bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek.

“Menerusi lawatan kerja ke Kelantan tempoh hari, saya berpeluang meninjau sendiri keadaan beberapa buah klinik daif berkenaan." 

Selain itu beliau juga berharap agar, "segala perancangan projek berjalan lancar demi keselesaan petugas kesihatan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat Malaysia. Doakan semoga segala usaha kami dipermudahkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

(Inisiatif baik pulih dan naik taraf klinik daif di Kelantan/fb KKM)

Media Baharu