fb fb fb fb fb

Tiga lelaki dikesan menyamar anggota polis

KULAI, 5 Jun- Polis sedang mengesan tiga lelaki dipercayai menyamar sebagai anggota polis dan cuba menahan kereta seorang individu di kilometer 41.5 Lebuhraya Utara Selatan, menghala ke Utara awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Yusof Othman memaklumkan, insiden itu tular di Facebook selepas dimuat naik oleh individu yang dikejar suspek berkenaan.

Siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Singapura menuju ke Genting Highland, sebelum dikejar suspek berhampiran susur keluar Plaza Tol Sedenak.

Suspek memasang lampu isyarat biru di bumbung kereta, memakai pakaian seakan polis, memakai pelitup muka dan cuba memberhentikan kereta mangsa dengan membuat isyarat tangan.

Selain itu, suspek juga menggunakan kereta persendirian, dan bukannya kereta polis.

Bagaimanapun, polis belum menerima laporan daripada mangsa berkenaan insiden itu manakala usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan pemilik kereta dipandu suspek.

Kes disiasat mengikut seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.

(Tiga lelaki, menyamar sebagai anggota polis)

Media Baharu