fb fb fb fb fb

Johor rekod peningkatan kes HFMD

JOHOR BAHRU, 5 Jun- Johor merekodkan peningkatan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), 1.3 kali ganda kepada 320 kes dari 28 Mei hingga Sabtu lalu, berbanding minggu sebelumnya.

Exco Kesihatan dan Perpaduan Ling Tian Soon dalam satu kenyataan, "Johor Bahru merekodkan kes tertinggi iaitu 607 diikuti Tangkak 204 kes dan Kota Tinggi, 167 kes."

Manakala, "144 kes dicatatkan di batu pahat, Kluang 136 kes Segamat 121 kes, Pontian 104 kes, Kulai 101 kes manakala Muar dan Mersing bawah 100 kes."

Kebanyakan kes itu melibatkan kanak-kanak sehingga enam tahun dengan 1,293 kes, 202 kes dari umur 7 hingga 12 tahun dan selebihnya berusia 13 tahun ke atas.

Taman didikan kanak-kanak (Tadika) menjadi lokasi penularan tertinggi dengan 26 kes , diikuti enam kes di Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska), lima di pusat jagaan harian, tiga prasekolah, dua di rumah persendirian dan satu di sekolah.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan ibu bapa tidak membawa anak-anak yang bergejala ke tempat awam seperti pusat membeli belah selain segera mendapatkan rawatan jika terdapat simpton penyakit itu.

(Ling Tian Soon)

Media Baharu