fb fb fb fb fb

Zoo taiping mandikan haiwan, elak strok haba

TAIPING, 5 Jun- Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) lebih kerap memandikan haiwan berikutan cuaca panas ketika ini.

Ia dilakukan bagi mengelakkan lebih 1,200 ekor haiwan di zoo berkenaan terkena strok haba.

Pengarahnya, Dr. Muhamad Ridhwan Affendi berkata, kebajikan haiwan sentiasa menjadi keutamaan pihaknya.

Arahan juga telah diberikan kepada semua petugas zoo untuk memastikan paras air dalam bekas minuman sentiasa diperiksa.

"Kalau kita nampak di Zoo Taiping, pameran kita memang semula jadi dan menyediakan tempat haiwan mandi, berteduh di bawah pokok-pokok besar dan kita berikan nutrisi yang cukup kepada haiwan di sini.

"Setakat ini tiada lagi haiwan yang terdedah kepada strok haba begitu juga pekerja di sini. Beberapa hari ini, sudah mula hujan dan cuaca semakin baik. Diharapkan keadaan ini tidak berlanjutan sehingga September atau Ogos," katanya pada sidang media, program 'Let's Nurture The Nature' sempena Hari Alam Sekitar Sedunia, di sini.

Program itu bertujuan mempromosi pendidikan dan kesedaran masyarakat khususnya dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi.

Seramai 21 pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Kampung Boyan, Taiping, terlibat dalam program tersebut.


(Muhamad Ridhwan Affendi)

Media Baharu