fb fb fb fb fb

Kerajaan tidak kompromi sistem beraja diganggu

KUALA LUMPUR, 5 Jun- Kerajaan tidak akan bertolak ansur atau membenarkan sistem beraja diperolok dan diganggu gugat.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tindakan yang setimpal akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba mengancam sistem beraja dan keluhuran Perlembagaan.


(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/BERNAMA)

"Kerajaan tidak akan bertolak ansur atau membenarkan sistem beraja diperolok dan diganggu gugat atas nama kebebasan.

"Mewakili Jemaah Menteri dan seluruh rakyat Malaysia, patik ingin menzahirkan sekalung penghargaan kepada Tuanku sejak bersemayam di atas takhta dalam menzahirkan sikap keprihatinan yang tinggi.

"Raja dan Raja Permaisuri laksana pohon dan tentunya institusi ini mesti tersemat dipelihara dengan baik, sesuai dengan bidalan Melayu bahawa, “Biar patah dayung di tangan, dengan jari ku kayuh jua”, kata Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian ketika merafak sembah ucapan tahniah pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara Kuala Lumpur.

Media Baharu