fb fb fb fb fb

Penerima Darjah Kebesaran, Bintang, Pingat Persekutuan rasa dihargai

(Yang di-Pertuan Agong berkenan menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah
Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 5 Jun- Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong menyatakan rasa syukur dan gembira.

Mereka menyifatkannya sebagai penghargaan dan pengiktirafan.

"Insya-Allah dengan pengurniaan ini memberikan saya keyakinan yang lebih untuk memastikan segala yang dirancang, segala yang diimpikan itu tercapai sebelum penghujung tahun ini," kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

"Saya sangat berterima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas pengurniaan ini," kata mantan Pengerusi DAP, Tan Sri Lim Kit Siang.

(Tan Sri Lim Kit Siang ceria selepas menerima Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M)
yang membawa gelaran Tan Sri/BERNAMA)

"Daripada pihak keluarga saya amat berbesar hati dan menjunjung kasih kepada Duli Tuanku," luah anak sulung Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz, Nik Aini Nik Abdul Aziz.

"Sangat gembira, sangat berbesar hari.. istimewa," kata Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Nallini Pathmanathan.

"Inilah satu-satunya pengiktirafan yang saya banggakan. Terima kasih Tuanku telah memberi semangat untuk saya bekerja dengan cemerlang untuk kebajikan dan sebagainya." kata Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair, Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih dikenali sebagai DJ Dave.

Media Baharu