fb fb fb fb fb

Laporan tanah runtuh Batang Kali siap akhir bulan ini

(Foto fail)

KUALA LUMPR, 5 Jun- Laporan tragedi tanah runtuh Batang Kali, dijangka siap akhir bulan ini dan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebelum dimuktamadkan untuk tindakan selanjutnya.

Kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan, Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, dalam peringkat penyediaan deraf laporan akhir.

Antara elemen yang diambil kira dalam penyiapan laporan berkenaan ialah kerja ujian penyiasatan tanah di lapangan dan makmal serta penganalisisan data.

"Data daripada ujian itu adalah penting untuk dianalisis bagi menentukan mekanisme kegagalan oleh pelbagai pakar termasuk dari aspek kejuruteraan geoteknik dan geologi," menurut kenyataan itu

Tragedi 16 Disember 2022 itu membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban, selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali.

(Laporan tanah runtuh Batang Kali siap akhir bulan ini)

Media Baharu