fb fb fb fb fb

Pengagihan kerusi calon PRN Terengganu BN, PH selesai

(Majlis Perjumpaan Empat Peringkat dan Pelancaran Jentera PRN 2023 Peringkat UMNO Bahagian Marang)

MARANG, 5 Jun- Pengagihan kerusi melibatkan calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu sudah dimuktamadkan dan hanya menunggu pengumuman pucuk pimpinan tertinggi pusat.
 
Perkara itu dinyatakan Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Said.

Beliau berharap tidak timbul lagi sebarang perkara berbangkit atau keputusan penting dihebahkan menerusi media arus perdana, mendahului pucuk pimpinan tertinggi pusat.

"Biar tunggu, kita tahu, biar presiden dua pihak selesaikan calon peringkat kedua pula. Banyak lagi proses tapisan," kata Ahmad
 
Beliau yang juga Ahli DUN Cukai merangkap Pengerusi UMNO Terengganu berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perjumpaan Empat Peringkat dan Pelancaran Jentera PRN 2023 Peringkat UMNO Bahagian Marang di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai di sini.
 
Terdahulu Dr. Ahmad  menyerahkan sumbangan kewangan dan peralatan daripada pihak BN negeri kepada wakil-wakil cawangan UMNO Bahagian Parlimen Marang untuk persediaan menghadapi PRN akan datang.
 
Dalam PRU ke-14 lalu, BN memenangi 10 daripada 32 kerusi DUN, manakala baki 22 kerusi lagi dimenangi PAS.
 
10 kerusi dimenangi BN ialah DUN Kijal, Bukit Besi, Telemong, Seberang Takir, Batu Rakit, Langkap, Permaisuri, Jertih, Kuala Besut dan Hulu Besut.

(Datuk Seri Dr. Ahmad Said berkata pengagihan kerusi calon PRN Terengganu BN, PH selesai)
 

Media Baharu