fb fb fb fb fb

RM8.88 juta diperuntukkan tambah baik bilik guru di Johor

JOHOR BAHRU, 16 Mei - Kerajaan Johor memperuntukkan RM8.8 juta bantuan khas kepada sekolah-sekolah di seluruh negeri, khusus untuk bilik guru.

Menurut Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bantuan itu melibatkan 1,775 sekolah yang bakal menerima RM5,000 setiap sebuah sekolah, sekali gus memberi manfaat kepada 53,100 orang guru.

Katanya, beliau berharap peruntukan yang diberikan itu dapat digunakan sebaik mungkin oleh pengurusan sekolah bagi tujuan yang dimaksudkan.

(Datuk Onn Hafiz Ghazi selepas melawat Maktab Sultan Abu Bakar di sini hari ini)

"Bagi menghargai pengorbanan guru di semua sekolah di negeri Johor, sukacita saya umumkan satu bantuan khas untuk bilik guru di seluruh negeri ini.

"Setiap bilik guru tidak kira Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah agama, Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Kebangsaan akan mendapat bantuan khas RM5,000 untuk mereka mengimarahkan dan memberi keselesaan kepada semua," katanya selepas melawat Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) di sini.

Beliau turut mengumumkan kerajaan negeri meluluskan permohonan peruntukan RM200,000 kepada pihak MSAB bagi membolehkan dewan sekolah berkenaan ditambah baik.

"Peruntukan yang disalurkan kerajaan negeri ini bagi tujuan penyelenggaraan kritikal bumbung dan simen serta kerja tambah baik dewan di sekolah ini," katanya.

Media Baharu