fb fb fb fb fb

Banjir kilat di Kedah: Penduduk kawasan berisiko dinasihat elak berada di kawasan pantai

ALOR SETAR, 16 Mei - Hujan lebat yang berlarutan selama satu jam bermula kira-kira 12.30 tengah hari tadi menyebabkan beberapa daerah di Kedah dilanda banjir kilat.

Antaranya Kampung Kepala Jalan di Daerah Kuala Muda; kawasan Kuala Kedah di daerah Kota Setar; kawasan kuala Sungai Yan di daerah Yan; Kuala Jerlun dan Kuala Sanglang di Daerah Kubang Pasu.

Kejadian itu juga berpunca daripada limpahan air pasang besar yang berlaku dengan ketinggian hampir tiga meter di laut.

Ketua Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Negeri Kedah, Kapten (Pertahanan Awam), Saifuddin Abdullah berkata, pemantauan kini giat dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan banjir kilat tidak mengancam keselamatan penduduk setempat.

"Hasil pemantauan mendapati banjir kilat yang berlaku mencecah paras 0.5 meter dan terdapat beberapa premis dan kenderaan awam telah dimasuki air di kawasan Kuala Kedah dan Jeti Kuala Kedah," katanya

Sehingga jam 4 petang tadi, cuaca semakin baik dan kejadian kawasan dilanda banjir semakin pulih dan tiada lagi kawasan dilanda banjir kilat.

(FOTO APM KEDAH)

Tambah beliau, APM juga bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan dan menasihati penduduk di kawasan berisiko agar sentiasa berjaga–jaga dengan keadaan semasa dan mengelakkan berada di kawasan tepi pantai.

Media Baharu