fb fb fb fb fb

RM676.4 juta peruntukan untuk RISDA tingkatkan pendapatan pekebun kecil - Zahid

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 2 Mac - Sebanyak RM676.4 juta diperuntukan tahun ini kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi memastikan kesejahteraan pekebun kecil getah di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata peruntukan yang ditetapkan kepada RISDA itu mengambil kira strategi komprehensif dalam menerajui pembangunan komuniti desa.

Ini sekaligus dapat memastikan kelangsungan kehidupan untuk lebih 500,000 pekebun kecil yang bergantung kepada tanaman getah sebagai punca pendapatan.

(Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi)

"Langkah ini adalah langkah proaktif untuk memperlihatkan usaha bagi menambah pendapatan isi rumah keluarga. Kita sasarkan kira-kira 30 peratus daripada isi rumah pekebun kecil untuk memperolehi pendapatan purata sebanyak RM2,500 sebulan secara berperingkat.

"Kita akan menambahkan peratusan dan peningkatan pendapatan dan ini kita lakukan secara berterusan membantu pekebun kecil," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulananan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Ibu Pejabat RISDA, di sini.

Tambah Zahid, menerusi pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani juga, pelbagai inisiatif telah diumumkan bagi meningkatkan taraf kehidupan komuniti warga desa.

Ini termasuk kenaikan paras Harga Pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) daripada RM 2.50 kepada RM2.70 sen sekilogram dengan peruntukan sebanyak RM350 juta dan peningkatan sumbangan musim tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 bagi tempoh empat bulan dengan nilai peruntukan bernilai RM256 juta.

Media Baharu