MANILA, 2 Mac - Malaysia akan terus mengamalkan konsep demokrasi yang kukuh dan stabil dalam pemilihan pemimpin.
Malah, di bawah konsep Malaysia Madani, negara akan terus mengecapi pentadbiran yang telus.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam konsep Malaysia Madani yang dibawa oleh Malaysia juga tidak akan wujud unsur seperti ketidakadilan dan pertelingkahan agama.

di Universiti of Philipines di Manila)
"Di malaysia, kita mengalami proses demokrasi yang sama dalam memberi tanggungjawab kepada rakyat untuk memilih kepimpinan seperti di Filipina.
"Saya berkongsi dengan anda bahawa Malaysia tidak akan ada pertelingkahan agama, ketidakadilan, tamak dan eksploitasi seperti negara anda juga. Pentadbiran yang telus dan amalan demokratik akan terus diamalkan di bawah pentadbiran saya yang menjadi falsafah bagi negara yang dikenali Malaysia Madani," kata Anwar ketika menyampaikan syarahan umum di Universiti of Philipines, di sini.
Berucap di hadapan lebih 2,000 mahasiswa, ahli akademik dan delegasi luar, Anwar turut menekankan bahawa perlunya Malaysia dan semua negara ASEAN memberi keutamaan dalam isu keselamatan dan keharmonian serantau.