fb fb fb fb fb

Lima daerah di Pahang masih terjejas banjir

KUANTAN, 2 Mac- Lima daerah di Pahang masih terjejas banjir melibatkan daerah Rompin, Maran, Pekan, Raub dan Jerantut.

Setakat 12 tengah hari tadi, 1,505 penduduk daripada 399 keluarga berlindung di 26 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka.

Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Rompin merekodkan jumlah penduduk paling ramai terjejas iaitu 662 orang.

"Kesemua mereka kini ditempatkan di 10 PPS yang dibuka di daerah terbabit.

Di Maran pula 573 penduduk berlindung di PPS, manakala Pekan (106), Raub (68) dan Jerantut (96)," menurut kenyataan itu.

(Lima daerah di Pahang masih terjejas banjir)

 

Media Baharu