fb fb fb fb fb

KKM sasar 90 peratus kanak-kanak perempuan dapat liputan vaksinasi HPV - Zaliha

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 2 Mac - Kementerian Kesihatan (KKM) akan memastikan Pelan Tindakan Ke Arah Penghapusan Kanser Serviks di Malaysia 2021-2030 mencapai matlamat dengan menggariskan tiga matlamat merangkumi liputan vaksin dan saringan kesihatan.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata KKM sedang menyasarkan sekurang-kurangnya 90 peratus liputan vaksinasi HPV bagi kanak-kanak perempuan sebelum mereka berusia 15 tahun.

(Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa / FOTO FAIL)

"Penigkatan tahap literasi kesihatan rakyat berkenaan kepentingan kanser servik merupakan salah satu strategi untuk meningkatka liputan saringan yang boleh dicapai melalui pembangunan pelan komunikasi strategik.

“KKM juga menyasarkan sekurang-kurang 90 peratus wanita yang positif, mendapat intervensi dan rawatan awal bagi prakanser,” katanya.

Jawapan itu dibaca oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bagi mewakili Dr. Zaliha pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid mengenai prestasi KKM dalam melancarkan aktiviti dan program mencegah kanser serviks, selaras dengan Pelan Tindakan Ke Arah Penghapusan Kanser Serviks di Malaysia 2021-2030.

Sebelum itu, Fadhlina memaklumkan beliau mewakili Dr Zaliha kerana Ahli Parlimen Sekijang, Johor itu perlu menguruskan hal kecemasan berikutan banjir kilat yang berlaku di kawasannya.

Tambahnya, KKM juga berharap akan mencapai sekurang-kurang 70 peratus liputan saringan bagi wanita berusia 35 dan 45 tahun menggunakan kaedah terkini yang terbukti berkesan secara saintifik, sekurang-kurang dua kali seumur hidup.

Media Baharu