RM52.9 juta kerugian di Selangor akibat banjir

Mohd Najwan Halimi / BERNAMA

SHAH ALAM, 17 November– Kerugian akibat banjir di Selangor meningkat dua kali ganda kepada RM52.9 juta tahun lalu, berbanding RM 22.6 juta pada 2024.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerosakan infrastruktur paling tinggi, bernilai RM26.6 juta; kediaman terjejas RM15.3 juta.
  • Sektor pertanian menanggung kerugian RM9.6 juta; premis perniagaan sekitar RM1 juta dan kenderaan turut terjejas.
  • Jumlah kerugian banjir di seluruh negara dilaporkan RM636.9 juta menurut Laporan Khas Impak Banjir DOSM 2025.
  • Kerajaan negeri memperkukuh pengurusan banjir: penyelarasan negeri dan daerah, pusat pemindahan sementara serta bantuan kepada penduduk terjejas.

Kerosakan infrastruktur mencatatkan nilai kerugian tertinggi, iaitu RM 26.6 juta ringgit, diikuti kediaman (RM15.3 juta).

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri, Mohd Najwan Halimi berkata, kerugian turut melibatkan antaranya sektor pertanian (RM9.6 juta), premis perniagaan (RM1 juta) dan kenderaan.

“Berdasarkan Laporan Khas Impak Banjir di Malaysia 2025 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah kerugian akibat banjir di seluruh negara mencecah RM636.9 juta,” katanya yang juga Exco Pengurusan Bencana Selangor.

Bagi usaha mengurangkan impak bencana, kerajaan negeri terus memperkukuh pengurusan banjir menerusi penyelarasan di peringkat negeri dan daerah, penyediaan pusat pemindahan sementara serta penyaluran bantuan kepada penduduk terjejas.

Usaha kesiapsiagaan komuniti, penyampaian maklumat amaran awal dan kerjasama dengan agensi teknikal turut dipertingkat bagi mengurangkan kerugian harta benda serta mempercepatkan proses pemulihan selepas bencana.

Beliau berkata demikian menjawab soalan ADUN Batu Tiga, Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid mengenai anggaran kerugian ekonomi tahunan akibat bencana pada persidangan Dewan Negeri Selangor di Shah Alam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.