fb fb fb fb fb

RM500 juta laksana program penstabilan harga minyak masak 2023

(Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),
Fuziah Salleh ketika sesi soal jawab lisan sidang Dewan Rakyat hari ini) 

KUALA LUMPUR, 25 Mei- Sebanyak RM500 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) pada tahun ini.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh, tahun lalu peruntukan bagi program tersebut adalah sebanyak RM400 juta.

Jelasnya, jumlah peruntukan untuk menyediakan minyak sawit bersubsidi itu tertakluk kepada harga minyak sawit mentah (cpo).

"Sekiranya harga cpo meningkat maka dana yang diperlukan untuk melaksanakan program juga turut meningkat jumlah peruntukkan yang diperlukan adalah berdasarkan ketetapan dasar bagi menyediakan sebanyak 60 ribu metrik tan sebulan atau kira-kira 60 juta paket sekilo, sebulan, jelas Fuziah ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Lip Eng meminta pihak kementerian menyatakan berapa dana wang dan tan subsidi minyak masak yang telah diluluskan pada tahun 2022 dan 2023 serta syarikat diluluskan.

Tambahnya, peruntukan dikemas kini bagi menyediakan kos pada 2022 adalah sebanyak RM2.42 bilion dan pada tahun ini sebanyak RM1.6 bilion tertakluk kepada pergerakan pergerakan naik turun harga cpo.

KPDN telah melantik 366 syarikat pembungkus di seluruh negara bagi membekalkan minyak masak bersubsidi dalam pasaran.


(Foto hiasan)

Media Baharu