fb fb fb fb fb

Sukan SEA 2023: Atlet pelapis bukan punca negara gagal raih pingat

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 25 Mei-Kegagalan negara meraih sasaran pingat pada Sukan SEA Kemboja 2023 yang lalu bukanlah disebabkan atlet pelapis.

Perkara itu dijelaskan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Hannah menjelaskan kegagalan itu berpunca daripada keputusan tuan rumah, Kemboja yang tidak mempertandingkan beberapa acara yang mampu memberikan pingat emas kepada negara selain penyenaraian atlet import dan mengubah beberapa peraturan yang telah ditetapkan.

"Saya telah menjalankan "Post Mortem" bersama atlet yang terlepas pingat emas.

"Saya bukan sahaja turut mendengar cabaran yang dihadapi oleh atlet dan jurulatih berkaitan cabaran yang dihadapi mereka.

"Kita terbuka kepada semua cadangan dan akan melaksanakanya bagi memastikan Malaysia mempunyai peluang pada Sukan SEA di Thailand 2025", katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Pasir Mas, Tuan Ahmad Fadhli Shaari.

Hannah turut berkata beberapa strategi telah dirangka kementerian termasuk pelan jangka pendek dan panjang serta penyediaan infrastruktur dan fasiliti latihan kepada acara sukan berpotensi.

Katanya lagi, Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) turut mengoptimumkan geran padanan bagi membolehkan atlet menyertai pertandingan bagi memperbaiki prestasi.


(Menteri Belia Dan Sukan, Hannah Yeoh)

Media Baharu