KUALA LUMPUR, 25 Mei-Hak dan bidang kuasa kerajaan negeri khususnya dalam konteks menyelesaikan isu bekalan air di Sabah tidak tergugat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri ((Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ia seperti terkandung dalam Senarai Dua Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun, Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) tidak memainkan peranan secara langsung dalam isu terbabit berikutan ia bukan isu berbangkit.
"kerajaan persekutuan di bawah pimpinan Tambun akan sentiasa menghormati hak dan juga kepentingan negeri termasuklah bidang kuasa tambahan kepada Sabah.
"Yang keduanya, isu air juga adalah berkait rapat dengan Akta dan fungsi-fungsi Menteri khususnya kementerian kewangan dan juga Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
"Yang Amat Berhormat Menteri , Nik Nazmi Nik Ahmad telah mengadakan rundingan dengan kerajaan Kelantan, dan Sabah juga" kata Armizan ketika menjawab pertanyaan wakil Tawau, Lo Su Fui berhubung komitmen Kerajaan Persekutuan dan peranan BHESS dalam membantu menyelesaikan isu air di Sabah.
Sementara itu, Armizan menjelaskan penubuhan Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) berperanan sebagai sekretariat kepada isu berbangkit berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Justeru, tidak timbul soal mewujudkan kementerian khusus bagi mengawal selia isu berkaitan Sabah dan Sarawak bagi mengelak masalah pertindihan fungsi.
"Kita perlu melihat kepada semangat, prinsip MA63 (Perjanjian Malaysia 1963) yang memperkasakan penurunan kuasa kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.
"Saya fikir tidak perlu penubuhan kementerian khusus yang bertanggungjawab kepada Sabah dan Sarawak yang akhirnya kelak mungkin akan hanya boleh menyebabkan pertindihan dengan kementerian-kementerian di peringkat persekutuan", katanya di Parlimen hari ini.
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri ((Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas
Khas), Datuk Armizan Mohd Ali)