fb fb fb fb fb

Tampin MTB Jamboree bakal disenaraikan dalam kalender pelancongan NS

(FOTO RTM)

TAMPIN, 25 Mei-Tampin MTB Jamboree 2023: Moncheh Siri 3 yang bakal diadakan pada tiga Jun ini dijangka dapat meningkatkan tahap ekonomi penduduk setempat sekaligus mempromosi pelancongan eko di Negeri Sembilan.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani, berkata kerajaan negeri bercadang menyenaraikan program berkenaan dalam kalender pelancongan negeri memandangkan sambutan menggalakan yang diterima daripada peminat Sukan Basikal Bukit (MTB) di seluruh negara.

"Pada siri pertama dan kedua mendapat sambutan baik daripada peserta dalam dan luar negara.

"Kerajaan negeri melihat program ini berpotensi sebagai produk pelancongan dan berhasrat menjadikan Tampin sebagai Sport Tourism", katanya dalam sidang media Program Tampin MTB Jamboree 2023 di sini.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin, Mohd Fadhil Hassan berkata pihaknya menyasarkan penglibatan lebih ramai peserta pada kali ini.

" Sasaran kita adalah 1500 peserta, tetapi kali ini telah mencecah 1600 orang.

Kita jangkakan penyertaan akan meningkat kepada 2,000 orang", katanya.


(Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Taufek Abd
Ghani/FOTO RTM)

Media Baharu