fb fb fb fb fb

RM500,000 diperuntuk untuk sektor ternakan menerusi (PRE) Perak Sejahtera

IPOH, 18 Julai - Sebanyak RM500,000 diperuntukan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera untuk sektor ternakan di negeri itu.

Exco Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria berkata bantuan diberi kepada penternak ruminan dan ayam kampung yang memenuhi syarat dan merupakan pengusaha kecil-kecilan.

Pakej merangkumi bantuan penyediaan kursus dan pemberian peralatan secara percuma kepada peserta.

(Exco Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan negeri Perak, Razman Zakaria)

"Iaitu mesin mixer dan tong kedap udara untuk para penternak dapat menghasilkan makanan ternakan alternatif. Jumlah kos dan kadar bagi seorang adalah RM2,000 yang bakal memberi manfaat kepada 250 orang penternak," katanya ketika menjawab soalan lisan Adun Keranji, Chong Zhemin mengenai usaha kerajaan membantu penternak mengurangkan kos menternak, harga daging ayam, lembu dan khinzir pada Persidangan DUN Perak.

Tambah Razman, kerajaan negeri turut membangunkan padang ragut di seluruh negeri dengan memperbanyakkan lagi kawasan penanaman rumput napier berkualiti dan tanaman jagung manis.

Media Baharu