fb fb fb fb fb

JKDNKA tumpaskan sindiket dalam dua serbuan OP Kontraban

(Antara kotak dan botol vape disyaki mengandungi nikotin yang berjaya dirampas JKDNKA
bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor) 

KUALA LUMPUR, 18 Julai - Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) berjaya menumpaskan sindiket dalam dua serbuan OP Kontraban pada 13 dan 14 Julai lalu.

Serbuan pertama pada 13 Julai lalu, sejumlah 25,306 kotak dan botol vape disyaki mengandungi nikotin, dianggarkan bernilai RM2.7 juta berjaya dirampas JKDNKA bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dalam satu serbuan Op Kontraban di Kajang, Selangor.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 13(a) Akta Racun 1952.

Pada 14 Julai, serbuan kedua telah dilakukan di Johor Bahru, Johor dan berjaya menumpaskan satu sindiket yang terlibat dengan kegiatan menjual dan membeli semula minyak masak diesel bersubsidi.


(Sindiket terlibat kegiatan menjual dan membeli semula minyak masak diesel bersubsidi berjaya
ditumpaskan JKDNKA)

Setiausaha Polis Malaysia Polis Diraja Malaysia, DCP Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin menerusi sebuah kenyataan memaklumkan enam lelaki tempatan ditahan bersama sejumlah 49,997 liter minyak diesel, empat buah lori, lima unit tangki minyak diesel pelbagai jenis dengan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM988,850.55.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Nilai rampasan bagi kedua-dua serbuan dalam operasi yang bermula 12 Julai sehingga 15 Julai lalu adalah sebanyak RM3,688,850.55.

Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan KDNKA akan terus komited melaksanakan operasi membanteras sindiket penyeludupan kontraban dan barangan kawalan bersubsidi agar ketirisan hasil negara dapat dibendung demi kepentingan masyarakat.

Media Baharu