fb fb fb fb fb

Hina Islam: Lelaki direman empat hari

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 18 Julai - Lelaki yang ditahan polis selepas dikatakan menghina Islam menerusi rakaman video di media sosial direman empat hari bermula hari ini sehingga Khamis.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, lelaki yang bekerja sebagai penghantar makanan berusia 39 tahun itu direman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

(FOTO FAIL)

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Kuala Lumpur," katanya menerusi kenyataan ringkas hari ini.

Suspek ditahan tengah hari semalam di sebuah rumah di Taman Bukit Kuchai, Puchong.

Enam laporan polis diterima berhubung video yang tular tersebut dan polis turut merampas sebuah telefon bimbit yang digunakan suspek untuk merakam video berkenaan.

Hasil semakan, suspek tiada sebarang rekod jenayah lampau selain negatif saringan dadah

Siasatan dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Media Baharu