fb fb fb fb fb

MAHA 2022 tampil pelbagai produk baharu pertanian

(FOTO FAIL)

PUTRAJAYA, 18 Julai - Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 bakal menampilkan pelbagai produk baharu berkaitan pertanian dengan teknologi dan inovasi terkini, serta strategi pemasaran dan pengeluaran secara efektif.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata ia bagi menggalakkan penyertaan semua pihak, termasuk syarikat swasta di dalam dan luar negara.

(Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh)

"Kita nak menghapuskan golongan ketiga yang cuba mengambil kesempatan untuk mengaut kekayaan dalam keadaan yang tidak sewajarnya.

"Kita harapkan, apabila wujudnya rantaian perniagaan melalui MAHA yang kita anjurkan ini maka dia akan berlaku perniagaan secara langsung di antara pengeluar dgn pengguna, di samping kita nak wujudkan juga rantaian perniagaan dalam bidang teknologi yang telah dicapai oleh kerajaan dengan pengguna-pengguna teknologi," katanya selepas Majlis Prapelancaran Laman Agro-food Florikultur sempena MAHA 2022 di kementeriannya, di sini.

MAHA 2022 yang akan diadakan dari 4 sehingga 14 Ogos ini dijangka menarik 100,000 pengunjung sehari dengan 1,500 ruang pameran dan jualan hasil pertanian segar dari ladang pada harga berpatutan disediakan.

Media Baharu