fb fb fb fb fb

RM45.3 juta untuk mengurus 367 projek di Melaka

BUKIT BERUANG, 11 Januari - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memperuntukkan RM45.3 juta untuk perbelanjaan mengurus 367 projek di seluruh kawasan pentadbirannya, bagi tahun ini.

Datuk Bandar, Datuk Zainal Abu berkata jumlah itu meningkat berbanding RM38 juta peruntukan tahun lalu.

Peningkatan peruntukan itu disebabkan persempadanan semula kawasan pentadbiran MBMB dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) yang dilaksana tahun lalu.

Selain itu, bagi pelaksanaan Projek Tebatan Banjir di beberapa kawasan ‘hotspot’ banjir bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu.

(FOTO RTM)

"Selain daripada parit kita juga naik tarafkan CCTV kita juga naik tarafkan sistem jalan raya, trafik kita juga ada buat kerja-kerja projek yang terkandung untuk menstabilkan cerun, cerun yang runtuh dan sebagainya untuk kita stabilkan cerun-cerun sedia ada kita juga ada projek-projek permukaan jalan yang sudah lama," kata Zainal Abu kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Minggu Integriti MBMB dan pelancaran Logo MBMB 2 Dekad, di sini.

Media Baharu