fb fb fb fb fb

Nahas Litar Dato' Sagor Pasir Salak, sembilan saksi dipanggil

(FOTO HIASAN)

IPOH, 11 Januari- Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan kertas siasatan berhubung kejadian kemalangan maut di Litar Dato' Sagor Pasir Salak, 31 Disember lalu kini berada di peringkat akhir untuk disiapkan.

Setakat ini sembilan saksi telah dipanggil dan beberapa lagi akan dipanggil bagi membantu serta melengkapkan siasatan tersebut.

"Kita masih lagi dalam siasatan untuk melengkapkan kertas siasatan dan kita akan memanggil lagi saksi bebas yang berada semasa kejadian tersebut.

"Kita memastikan bahawa perkara ini tidak akan berulang dan mana-mana persatuan atau kumpulan yang bersalah tidak mengikut sop peraturan kita akan ambil tindakan yang sekeras-kerasnya,"katanya.

Dalam kejadian tersebut, allahyarham Muhammad Amir Mohd Yusoff, 32 tahun maut selepas dirempuh kereta lumba ketika menyaksikan Pertandingan 'ÇCT Battle of Champion'.

Pengusaha bengkel itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Changkat Melintang, Lambor Kanan akibat kecederaan di kepala dan pendarahan pada bahagian paru-paru.


(Tangkap layar video tular rempuhan)

Media Baharu