fb fb fb fb fb

Kes bayi empat bulan koma, pengambilan pengasuh Taska Permata diperketat

(FOTO HIASAN)

KUALA TERENGGANU, 11 Januari- Susulan kes seorang bayi 4 bulan koma, dipercayai didera pengasuh di sebuah taska di Kuala Terengganu.

Syarat pengambilan pengasuh ke pusat asuhan itu akan diperketat termasuk mengenalpasti latar belakang keluarga dan pendidikan bagi memastikan perkara tersebut tidak berulang.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat bagaimanapun kesal dengan kejadian itu dan menunggu laporan polis berhubung kes berkenaan.

Pihaknya akan berbincang dengan Jabatan kebajikan Masyarakat bagi memperketat syarat penubuhan taska swasta dan pengambilan pengasuh bagi menambah baik sistem sedia ada.

"Kita akan perketatkan lagi syarat-syarat kemasukan taska bawah JKN dan pastikan pengambilan pekerja itu mesti dirujuk dengan JKM dengan secepat mungkin.

"Kita akan tunggu siasatan polis,"katanya.

Terdahulu beliau berkata terdapat lebih 200 taska swasta dan taska kelolalan kerajaan negeri yang beroperasi di Terengganu.


(Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional
Negeri, Hanafiah Mat ditemui media selepas majlis menandatangani surat anugerah (LOA)
Projek Pembangunan Mini Hidro 3.0MW Sungai Pelagat, Kuala Terengganu / BERNAMA)

Media Baharu