fb fb fb fb fb

RM42.26 juta diperuntuk bagi baik pulih, bina rumah rosak dan daif di bandar

(Nga Kor Ming menyampaikan 'mock cheque' bantuan perumahan bernilai RM15,000
pada Perasmian Fiesta Teluk Intan di Menara Condong, Teluk Intan)

TELUK INTAN, 17 Jun- Sejumlah RM42.26 juta diperuntukkan bagi Projek Bantuan Baik Pulih Rumah dan Bantuan Bina Baharu Rumah di bandar tahun ini.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata peruntukkan tersebut bakal memanfaatkan 2,534 Ketua Isi Rumah (KIR).

Daripada jumlah tersebut, Perak menerima RM2 juta dengan 133 KIR bakal menerima sumbangan itu.

"Kepada golongan miskin tegar dan duduk di bandar dengan rumah yang betul-betul daif, usang sama ada akibat akibat kebakaran, bencana alam ataupun kemiskinan tegar saya dengan ini tadi telah mengumumkan peruntukkan RM2 juta akan diberikan kepada negeri Perak dalam menepati tujuan sama ada membaiki pulih rumah-rumah yang betul betul daif ataupun memberikan peruntukan untuk mereka membina rumah yang baru,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis perasmian Fiesta Teluk Intan di Menara Condong, Teluk Intan.

Pada majlis itu, seramai 15 KIR menerima bantuan perumahan bernilai RM15,000.

Dalam perkembangan berlainan, beliau menasihatkan peniaga dan penjaja kecil untuk tidak menyalahgunakan lesen pihak berkuasa tempatan (PBT). 

Selain menyatakan perkara itu selaras dengan prinsip dan komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu membela nasib golongna itu.

Tegasnya, mereka bakal berdepan tindakan undang-undang sekiranya didapati melakukan kesalahan itu.

Pada Khamis Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa DBKL akan menarik balik lesen perniagaan penjaja yang memberikan lesen berkenaan kepada pihak lain, termasuk warga asing.


(Nga Kor Ming menyampaikan 'mock cheque' bantuan perumahan bernilai RM15,000
pada Perasmian Fiesta Teluk Intan di Menara Condong, Teluk Intan)

Media Baharu