fb fb fb fb fb

Modul Geosekolah Lenggong Geopark pertama di Malaysia

(FOTO FB Shamsul Anuar Nasarah)

KUALA LUMPUR, 17 Jun- Lenggong Geopark membangunkan 'Modul Geosekolah' atau Traning Of Trainers (ToT) Modul Geosekolah (Peringkat Sekolah Rendah) Lenggong Geopark; yang pertama seumpamanya di negara in.

Program tersebut melibatkan tenaga pengajar dari Universiti Kebangsan Malaysia ( UKM ), pakar-pakar geopark iaitu Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Perak dan Prof. Datuk Dr Mokhtar Saidin, selaku penasihat Lenggong Geopark. 

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menerusi satu hantaran di laman Facebook memaklumkan, secara keseluruhannya program tersebut melibatkan 44 individu terdiri daripada Pensyarah UKM, Pegawai JMG Perak, Fasilitator, Geoguide Lenggong Geopark dan 21 Peserta daripada 11 sekolah kebangsaan sekitar daerah itu.

Kursus TOT Geosekolah Jawatankuasa Geokomuniti Lenggong Geopark itu berlangsung selama tiga hari bermula pada 14 Jun dan berakhir semalam (16 Jun 2023).

Ia merupakan program kesedaran awam dan pendidikan yang diwujudkan di bawah Jawatankuasa Geokomuniti Lenggong Geopark Lenggong Geopark.

Geosekolah menyediakan pembelajaran di luar bilik darjah yang sangat baik untuk mengajar pelbagai kemahiran, membangunkan pemahaman tentang persekitaran semula jadi dan konsep penting dalam sains alam sekitar.

Objektifnya ke arah meningkatkan kefahaman dan kesedaran pelajar tentang keunikan Lenggong serta sumber mampannya.

Sekali gus, memupuk semangat dan jati diri dalam kalangan pendidik, pelajar dan masyarakat untuk melestarikan alam sekitar pada setiap aktiviti kehidupan harian.

Paling utama, menghargai Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan Lenggong Geopark di samping melahirkan duta kecil Lenggong Geopark bagi melestarikan wilayah istimewa di Hulu Perak berkenaan.


(FOTO FB Shamsul Anuar Nasarah)


(FOTO FB Shamsul Anuar Nasarah)

Media Baharu